Thursday, August 30, 2012

happy Eid day .

                                                           Assalamualaikum . .



saya sayang nenek saya sangat . nenek saya pandai buat ketupat *ttibe


hai . salam ramadan daripada aku , eh tersilap salam aidilfitri daripada aku kepada semua rakan rakan aku .haha sumpah raye tahun ni paling takbest sekali sebabnye semua benda yang dirancang tak menjadi . Beberapa tahun yang lalu aku masih ingat ketika itu umur aku baru mencecah darjah 5 . Ketika pagi raya , datukku berusaha mengejutku untuk bangun . Dahulu aku pikir bahawa benda itu lah yang aku paling tidak suka . Tapi semua kenangan itu amat aku rindui sekarang . datuk aku masak air untuk mandi *tiada waterheater . Aku adalah seorang yang periang . Ketika itu aku tidak bertudung , rambutku diikat rapi bagai pokok kelapa . Bajuku yang berwarna warni  menandakan bahawa aku seorang yang menghargai nikmat hari raya :3 setelah selesai bersalaman aku akan pergi berhijrah ke rumah rumah orang lain walaupun aku tidak mengenalinya . Apa yang aku pikirkan adalah untuk mengutip duit raya . Time itulah duit akan dapat free free . hihi Tanpa makan atau minum , aku akan meminta untuk pulang . Tuan rumah akan tahu tentang sikapku yang sebenarnye hanye memahukan duit raya . Padahal hanya duit kertas Rm1 didalamnya . Entah mengapa time itu aku amatlah menghargai duit walaupun rm1 . Setelah habis beraya sakan , aku akan mengira duit raya tersebut . Dahulu banyak duit yang aku dapat tapi semakin hari semakin kurang . Maklumla umur ku sahaja yang meningkat naik . hey aku masih kecil okay ? hanya tubuhku yang tinggi lampai macam galah . .

Sekarang tiada lagi nikmat hari raya . Aku sudah besar , tiada siapa yang akan memasak air untuk aku mandi dipagi raya tiada lagi orang yang akan mengikat rambut aku . Yang penting , tiada sapa lagi yang mahu memberiku duit raya . haha tiada lagi puluhan duit yang bakal dikira apabila selesai raya . Jiran jiran dikampungku sudah pun kembali ke Rahmatullah . Jadi dimana aku mahu beraya lepas ni ? rumahnya yang usung dan penuh dengan lalang itu membuatkan aku berasa sedikit seram untuk mendekatinyaa . Baju raya ku pada tahun ini tiada lagi sewarna warni macam tahuntahun lepas . Kononnya pada tahun ini pilihan warna baju raya ku warna silver *sama dengan kekasih hati . hihi k sebenarnye aku hanya menipu , tiada kekasih okay :3

Kini adakah nikmat hari raya seperti tahun tahun lepas akan wujud kembali dalam hidupku ? adakah ia akan mewarnai kehidupanku yang suram ini ? adakah ia bakalan akanmejtnadi semula . Andai boleh diputarkan waktu aku akan memilih untuk selalu menjadi kanak kanak yang periang . sesungguhnya menjadi kanak kanak itu lebih banyak nikmatnya berbanding menjadi seorang yang dewasa . . banyak masalah yang akan dialami . tapi aku tahu , angan - angan ku tidak mungkin akan menjadi realiti . sekadar angan angan kosong . .

Selamat hari raya . Yaa update blog pasal raya agak lambat oleh kerana broadband ku membuat halnya . bye Assalamualaikum . . :)

Monday, August 6, 2012

TIADA ENTRY . K

                                                                           Assalamualaikum . .

Salam ramadhan . Harini o6 ogos . Yaaaa hari yg paling bahagia yg pernah aku rasa tahun lepas tapi tidaklah pada tahun ni . pada tahun ni ianya sangatlah berbeza . . berbeza kerana mungkin perasaan sebegitu tidak akan pernah berulang lagi . Aku hanyalah insan biasa . Tidak mungkinlah aku tidak mahu bercinta tapi sejarah yg lalu membuatkan aku merasakan bahawa mungkin masa sekarang ni fokus aku hanyala untuk belajar . belajar . belajar !! Tapi . . . insyaAllah jika dibukakan pintu hati aku ni , aku akan menerima kau seadanya :) selamat berbuka~ Assalamualaikum .